Perjuangan kami adalah dengan memperkenal dan memberi pilihan kepada pengguna dalam memilih coklat dan biskut yang enak, lazat, berkhasiat dan baik untuk kesihatan yang memenuhi ciri-ciri HALALAN TOIYYIBA disamping menjana dan meningkatkan ekonomi isirumah. Sementelahan pula, di pasaran masakini terdapat terlalu banyak produk coklat dan biskut berasaskan coklat yang boleh diragui tentang khasiat pemakanannya dan status HALAL produk tersebut.
VISI
Untuk menjadi pengeluar jenama coklat terbesar di Malaysia yang dikenali dan diiktiraf, dengan melahirkan lebih ramai usahawan coklat dalam menaikkan ekonomi isirumah disamping memberi peluang pekerjaan.
MISI
Menghasilkan produk coklat dan koko yang berkualiti dalam konteks HALALAN TOIYYIBA dengan memfokuskan kepada kesihatan masyarakat dalam menyediakan peluang bagi meningkatkan pendapatan isirumah menerusi perniagaan coklat keluaran syarikat di samping mewujudkan usahawan coklat yang berilmu, kreatif, kompetetif, berdaya maju dan berniaga mengikut syariat Islam.