Cart 0

lawatan.jpg


ChocenWrapper Chocolate House (CnW) ditubuhkan dengan matlamat menjadi salah satu pilihan untuk pengguna. Sejak syarikat ditubuhkan pada tahun 2007, kami memfokuskan kepada menghasilkan produk yang terbaik setanding jenama antarabangsa. 

Kami memulakan operasi pertama di bangunan Taman Tabung Haji, Kepala Batas dan kemudiannya berpindah operasi di Bandar Darulaman Jitra pada Julai 2007 yang terletak di utara Kedah. Pada awalnya kami mengeluarkan produk secara 'Handmade' dengan menitikberatkan formulasi yang betul pada setiap produk yang dihasilkan. 

Pada tahun 2010, kilang dan operasi pemprosesan coklat telah berpindah ke Kawasan Industri KEDA Napoh, Jitra  (jalan menghala ke Bukit Kayu Hitam), di mana kami berusaha meningkatkan 'production line' & kapasiti pengeluaran untuk memberikan lebih banyak pilihan produk kepada pengguna dalam rangkaian produk coklat yang berkualiti. 

CnW kini meluaskan penggunaan coklat dengan menghasilkan produk-produk yang berformula selain coklat kompaun, CnW turut menyediakan rangkaian produk bagi industri makanan dan pengeluaran 'cookies' serta lain-lain produk konfeksionari. 

Dengan rasa penuh kesyukuran, kini jenama CnW kian dikenali oleh pengguna dan disukai oleh ramai kanak-kanak. Produk kami telah mendapat pensijilan HALAL JAKIM, MesTi dan diiktiraf oleh chef coklat yang arif dalam bidang coklat dalam negara.   


coklat edited.png


MOTTO KORPORAT

 

“SIHAT DAN HALAL, MATLAMAT KAMI UNTUK KEPUASAN ANDA “

Perjuangan dalam mewujudkan dan membangunkan  produk yang bukan sahaja SIHAT tetapi HALAL demi kepuasan pengguna dalam mendapatkan keharmonian dan kebahagiaan serta keberkatan dalam hidup.




© Hakcipta terpelihara 2010-2020 mobile@ChocenWrapper Chocolate House
|   E-mel :  chocenwrap@gmail.com  | Web Admin: cnw.chocenwrapper@gmail.com